Congrats kkk~Dream comes true

Assalamualaikum

It was late of evening in Friday when I accidentally read in telegram group of SBPI' parents that tomorrow (Saturday) will be held Hari Anugerah Kecemerlangan at kakak's school.

I scroll up all the messages and download all the pictures sent by Cikgu Rashid.  was terribly tired as I just came back from Saufi's school attended Program Motivasi for Parents. There was an invitation letter invited respective parents to attend HAK and also list of PT3's student

Rest in Peace Kitty

After almost 2 weeks Kitty fall sick..at last she died. Kak Na yg jumpa bangkai Kitty tepi jalan bawah pokok Jambu rumah jiran masa dia balik dr mengaji pagi tadi..

Dia balik dengan tergopoh gapah sambil meluru masuk rumah bagi tahu kitty dah mati...Mmy pun terus sarung baju dan tudung dan pergi tengok, mmg sah Kitty..

Nampak mcm dah 2-3 hari mati sebab mata Kitty dah berulat. Padahal tiap pagi aku panggil2 kitty lepas hantar Amna pi tadika..tp x pernah terjumpa kitty..hati mmg dah syak kitty mungkin mati sebab dah lama sangat tak balik rumah.

Masa kitty sakit, dia jarang2 balik rumah..mula2 masa dia larat jalan, dia dok bawah kereta jiran yg parking depan rumah...then dia makan rumput2 kat depan rumah kak Ti i...kak Ti kata kalau kucing makan rumput, she will recover soon as the grass will act as remedy utk kucing.

Ku angkat Kitty bawa balik masa dia dah selesai makan rumput...ringan je badan dia..bagi makan ikan x mau...makan wet food pun just jilat2 je..

Maaf kan aku kitty sebab  I am not taking a good care of you when you are falling sick.  Kejam nya aku ter hadap Kitty..maafkn aku kitty..

After 3 weeks kitty gone, I miss kitty very much. Terbayang2 cara kitty berlari ke pintu rumah bila dia lapar...kaki hadapan bersilang2 bila dia lari..

Tak ada lagi kucing yg akan menyambut kami di gate bila kami pulang dr berpergian @ balik kampung.  Selalu nya kereta belum sempat berhenti dia sudah meluru ke arah kereta dan tunggu kami buka pintu kereta. Then akan berebut2 masuk dlm rumah dgn anak2... Even lapar, tp mulut kitty tak bising mengiow...rindu sgt kat Kitty even she is just an ordinary kucing kampung but she is so special.. Maaf kan aku Kitty...

Tempat di mana Kitty bersemadi..masih terlihat ekornya..

A good reminder to My Self

Berkata Imam Ibn Qayyim Al Jauziya;

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik ALLAH.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari ALLAH.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan ALLAH.

Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat ALLAH redha kerana sekiranya engkau membuat ALLAH redha, Dia akan redha padamu.

Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Allahu...I feel relief when I read this. A good reminder for my self, a weak servant which her iman is always up and down. Yes, I read this with tears. Give a pure and full reliance to Allah, in shaa Allah Allah will ease you, my self.

Dear Self,

Whenever you are worried
please leave everything to Allah
Please do not worry on something that out of your control
As it is all in Allah's hand
Just pray that everything will goes well

~~~~~~~~~~~~~~~

Penggunaan KALAU seperti itu adalah amalan syaitan sebagaimana dalam hadis sahih muslim yang menyebut, Nabi bersabda:

Jangan kamu berkata: “Kalau aku buat begini, akan jadi begini“. Tetapi katakanlah: “Ini takdir Allah, apa yang Dia kehendaki akan berlaku“. Sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.


Dengan menyebut KALAU, JIKA, SEKIRANYA, SEANDAINYA atau perkataan yang seumpama dengannya dikatakan akan membuka pintu amalan syaitan. Ini kerana:

Ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yang payah untuk dihilangkan.Ia memberi gambaran yang kita mempertikaikan takdir dan tidak redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.Ia merupakan satu adab yang buruk terhadap Allah SWT yang mentakdirkan setiap sesuatu yang berlaku.

Welcome to Year 1 Mia!

Selesai sudah pendaftaran dan oreintasi Mia utk masuk ke tahun 1 pd 2018. Usai program, berjalan beriringan ke tempat parkir. Sempat ku tanya Mia.

"Mia, kalau mmy tak beli kasut sekolah baru ok tak?

"Ok je, lagi pun kasut ni muat lagi"

" Alhamdulillah, terima kasih mia. Tp tak apa ke, kawan2 semua pakai kasut baru?

"Entah mia pun tak perasan kasut diorang baru ke x"

Ok, nnti bila kasut mia dah sempit mummy beli kan yg baru"

"Ok"

~ Sorry mia x dapat beli kan yg serba baru walaupun mia baru nak masuk tahun 1. Tapi mummy harap mia tetap semangat belajar dan boleh adapt dengan cepat.

Love you mia and wish you goodness in the world and hereafter. Aamiin.

Buat kakak, Aufa, saufi dan kak na, please appreciate sacrification done by Mia as the allocation goes to you all.  

ILHAM DAMIA BT ZAIRUL ADHA

Tahun 1 (2018)

Sek Keb Proton City.

Dari Madinah ke Mekah

Assalamualaikum..

Dengan izin Allah, kami akan menunaikan kemuncak kepada ibadah umrah ini iaitu berihram memandangkan rombongan kami akan berlepas ke Mekah pada pukul 2.30 petang Ahad.

Bagi kami yang telah berada Madinah dulu selama 4 hari, kini tiba masanya mengucapkan ziarah wida' kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kami telah sibuk mengemas luggage start dr hari sabtu lagi termasuk juga membeli buah tangan untuk di bawa sebagai buah tangan...untuk barang seperti Kurma, coklat, kekacang dan jubah, lebih murah jika di beli di Madinah. So, di Mekah tak lah membeli brg dgn kuantiti yg banyak.

Bas berhenti utk jemaah miqat di Masjid Bir Ali dan berniat ihram, so sebaik sahaja tiba ke mekah kena tawaf, saie dan tahallul..baru lah kita bebas dr ihram..perkara ni kami kerjakan pd pukul 10 malam dan selesai hampir pukul 1 pagi..

Penat? Bohong lah kalau kata tak penat..tp mengeluh sama sekali tidak..doa je byk2 supaya Allah permudahkan urusan..sebab memang dah sedia maklum, beginilah perjalanan umrah.. Berpenat2an untuk meraih maghfiroh serta keredhaan dan kasih sayang Allah..berpenat2an supaya ibadah ini diterima oleh Allah...

Setelah 5 jam perjalanan dr madinah menaiki bas, then check in hotel yang terletak di Safaa Tower pd pukul 9 pm, then makan malam kemudian dalam kumpulan, kami terus berjalan ke masjidil haram utk Solat jama' takhir, tawaf dan sa'ie.. Ini lah namanya mujahadah dlm menyelesaikan tanggungjwb dan tuntutan.

Umrah wajib itu hanya sekali sahaja ye..umrah yang seterusnya adalah sunat tp ganjarannya tetap besar.

Balik hotel tidur dlm 2 jam sahaja..mak dah kejutkan utk ke masjid utk qiam dan solat subuh. Alhamdulillah ada mak, yang sentiasa tolong ingatkan apa yang perlu dibuat...

Pukul 4 pagi azan sekali...dan hampir subuh akan azan sekali lagi menunjukkan masuk waktu subuh..

Usai solat subuh...tunggu waktu isyrok, berpeluang duduk depan kaabah...Allah2...nak mengaji pun tak terkeluar suara..dek air mata yg yg berjurai2 keluar..

Memandang binaan kaabah, adalah sesuatu yg sukar nak ditafsirkan dan langsung tidak menjemukan..Binaan itu ku rasakan seolah 'hidup'. Ia tak sama dengan bangunan batu yang lain, walau komposisi utk membinanya mungkin sama tp ia seolah ada 'roh' dan ada tarikan. Walau hanya memandang kaabah, ganjarannya adalah 20 rahmat.

Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.

Ya Allah, begitu besar rahmat Allah...terasa rugi sangat apabila masa berada di tanah suci tidak dimaksimakan sepenuhnya utk berbuat ibadah.

Nak save dulu gambar2 di Mekah sebelum hilang dlm memori hand phone utk kenangan masa depan.

Dengan mak tercinta dalam bas sewaktu dlm perjalanan ke Mekah, perjalanan yang agak jauh saya masakan, tp Alhamdulillah jalan raya nya bagus dan enjin bas juga smooth saja.   


Travelog umrah day 2

Assalamualaikum

Tiba di rove hotel malam tadi dalam pukul 10 malam. Terus dinner then check in bilik. Solat jamak takhir isyak n maghrib.

Tak berapa nak boleh lelapkan mata. Otak masih celaru dengan perubahan masa.
Dalam pukul 3.30, kami dah bergegas ke masjid nabawi utk solat subuh.

Sempat juga buat Solat2 sunat sementara menanti waktu subuh.

The day is come 8 Nov 2017

Alhamdulillah a'la kulli hal..

Sedang berada di balai pelepasan. InsyaAllah akan fly off pada 3.50 petang.. Perasaan yang sukar digambarkan...mudah2an semua baik2 sahaja.

Amna meraung tadi bila sampai di escalator... Nak ikut...mmy pun cepat2 turun escalator...tiba2 nampak papa lambai2 dr atas...l left the hand carry bag. So naik semula dan turun semula ke bawah.

Semoga Allah pelihara anak2 dan suamiku nanti...letakkan pergantungan pada Allah dan bukan pada manusia.

Akan naik flight direct ke Madinah dan kabarnya akan transit ke Riyadh selama 1 jam

Sehingga berjumpa lagi..